Monday, January 13, 2014

Bahasa asal kitab injil (Bible) dan juga kitab Zabur dan Taurat , adalah dalam bahasa Aramaic ( iaitu Aramiah yang mewakili nama anak SAM bin Noah iaitu ARAM merupakan nama lama bagi kota damsyik) . Injil yang asal bukan berbahasa HEBREW atau YUNANI. Orang-orang yahudi telah menggabungkan bahasa Aramaic dan bahasa Pheanique( Bahasa yang dimiliki oleh bangsa Caanite(Kan`an) yang mana mereka merupakan penduduk asal Palestine iaitu sebelum kewujudan Nabi Ibrahim lagi) untuk melahirkan bahasa mereka. Manakala perkataan `Allah` sememangnya tidak digunakan dalam Injil (Bible), Taurat dan Zabur. Kitab-Kitab ini menggunakan perkataan `eill` bermaksud `ALLAH` , dalil yang jelas terhadap penggunaan ini, nama asal kedua bagi nabi Yaaqub (a.s.) adalah ISRA EILL bermaksud `ABDU LLAH`( YANG DI DALAM BAHASA ARAB). Ini bermakna `ISRA` BERMAKSUD `ABDU` dan `EILL` bermaksud ALLAH. kALIMAH `ALLAH` merupakan perkataan MASDAR ataupun KATA NAMA TERBITAN dari ` LLaah` لاه. Kabilah Arab yang terdahulu(Sebelum turun al-Quran) menyebutnya sebagai لاه أبوك  bermaksud لله أبوك perkara ini telah dibincangkan oleh Sibawaih dalam al-Kitab begitu juga as-Suyuti telah memetik kata-kata ini dalam bukunya al-Hama` 2/97. Ini bermakna apabila perkataan لاه ini sempurna atau `complete in nomanative rules ia disebut `ALLAH` yang mana iaNYA digunakan di dalam al-Quran. Maka Kitab-kitab sebelum al-Quran tidak menggunakan perkataan `ALLAH`. Anda boleh rujuk kenyataan ini dari KItab Turath(Buku-Buku Arab tua, Safar at-Takween, Kitab-Kitab Israeliyyat dan Buku-buku yang ditulis oleh Orientalist Barat dan Yahudi. A.P.Dr.Solehah Yaacob