Bahasa asal kitab injil (Bible) dan juga kitab Zabur dan Taurat , adalah
dalam bahasa Aramaic ( iaitu Aramiah yang mewakili nama anak SAM bin Noah iaitu
ARAM merupakan nama lama bagi kota damsyik) . Injil yang asal bukan
berbahasa HEBREW atau YUNANI. Orang-orang yahudi telah menggabungkan bahasa
Aramaic dan bahasa Pheanique( Bahasa yang dimiliki oleh bangsa Caanite(Kan`an)
yang mana mereka merupakan penduduk asal Palestine iaitu sebelum kewujudan Nabi
Ibrahim lagi) untuk melahirkan bahasa mereka. Manakala perkataan `Allah`
sememangnya tidak digunakan dalam Injil (Bible), Taurat dan Zabur. Kitab-Kitab
ini menggunakan perkataan `eill` bermaksud `ALLAH` , dalil yang jelas terhadap
penggunaan ini, nama asal kedua bagi nabi Yaaqub (a.s.) adalah ISRA EILL bermaksud
`ABDU LLAH`( YANG DI DALAM BAHASA ARAB). Ini bermakna `ISRA` BERMAKSUD `ABDU`
dan `EILL` bermaksud ALLAH. kALIMAH `ALLAH` merupakan perkataan MASDAR ataupun
KATA NAMA TERBITAN dari ` LLaah` لاه.
Kabilah Arab yang terdahulu(Sebelum turun al-Quran) menyebutnya sebagai لاه أبوك bermaksud لله أبوك
perkara ini telah dibincangkan oleh Sibawaih dalam al-Kitab begitu juga
as-Suyuti telah memetik kata-kata ini dalam bukunya al-Hama` 2/97. Ini bermakna apabila perkataan لاه ini
sempurna atau `complete in nomanative rules ia disebut `ALLAH` yang mana iaNYA
digunakan di dalam al-Quran. Maka Kitab-kitab sebelum al-Quran tidak
menggunakan perkataan `ALLAH`. Anda boleh rujuk kenyataan ini dari KItab
Turath(Buku-Buku Arab tua, Safar at-Takween, Kitab-Kitab Israeliyyat dan
Buku-buku yang ditulis oleh Orientalist Barat dan Yahudi. A.P.Dr.Solehah Yaacob